~~~~~SoFeA's HoMe~~~~~











SoFeA
Female
Singapore
   

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31













TiDaK AkAn MaSuK SyUrGa OrAnG YaNg BeRiBaDaH KePaDa AlLaH TeTaPi BeRbUaT JaHaT SeSaMa MaNuSiA.








AnDaI MaNuSiA TaHu BeTaPa SaKiTnYa SiKsAaN ApI NeRaKa ItU,NeScAyA MeReKa TiDaK BeRaNi MeLaKuKaN DoSa WaLaU SeKeCiL MaNa DoSa ItU.







SiKaP DaN PeRiBaDi SeSeOrAnG ItU TeRsElIt DiSeBaLiK LiDaHnYa.








SeTiTiK DoSa YaNg MaNuSiA LaKuKaN BiSa MeMbUaT HaTi MeNjAdI HiTaM...DuA TiTiK DoSa PuLa MeNjAdIkAn HaTi MeNjAdI DuA TiTiK HiTaM...DaN SeTeRuSnYa.....LaMa KeLaMaAn HaTi MaNuSiA MeNjAdI HiTaM DaN BiLa ItU TeRjAdI MaKa GeLaPlAh HaTi MaNuSiA DaN ApAbIlA HaTi GeLaP MaKa MeReKa TiDaK NaMpAk KeBeNaRaN DaN KeSaLaHaN WaLaU Di DePaN MaTa SeKaLiPuN...DaRi ItU ElAkKaN DaRi BeRbUaT DoSa WaLaU SeBeSaR ZaRrAh SeKaLiPuN.








OrAnG YaNg PeNgEcUt AdAlAh OrAnG YaNg MeNgAlAh SeBeLuM BeRpErAnG.















WaNiTa ItU IbArAt BuNgA...
JiKaLaU DiSeMaI DaN DiJaGa...
MaKa InDaHlAh Ia...
JiKaLaU DiBiArKaN...
LaYuLaH Ia.








ResIPi Ku



IkAn:


SAMBAL IKAN:

Bahan-Bahannya:


Bawang merah 2 biji-diblender
Bawang putih 6 biji-diblender
Sedikit halia-diblender
15 batang lada kering-diblender
6 atau 7 keping ikan selar kuning digoreng setengah masak dahulu dan ketepikan.
1 batang serai-dititik
sedikit air asam
1 biji bawang besar-dihiris


Peraturannya:
Tumis bawang besar yg dihiris serta serai hingga bawang layu.Bila bawang sudah layu,masukkan bahan blender.Tumis hingga lada garing.Setelah itu,masukkan sedikit air asam bersama ikan goreng tadi.Bubuh 1 sudu garam,satu sudu serbuk perasa dan 3 sudu gula.Tutup api.Dah masak.

SeLaMaT MeNcUbA...






ASAM PEDAS IKAN

Bahan-Bahannya:
2 biji bawang merah-diblender
6 biji bawang putih-diblender
sedikit halia-diblender
seibu jari kunyit-diblender
seibu jari belacan-diblender
10 biji lada hitam-diblender
10 batang lada kering-diblender
semangkuk besar air asam
2 biji bendi-dibelah dua tapi jgn sampai putus
2 biji tomato-dipotong 4
sedikit daun kesum
1 batang serai dan sedikit lengkuas-dititik
6 atau 7 batang ikan pari


Peraturannya:
Tumis bahan blender bersama serai dan lengkuas sehingga lada garing.Setelah lada garing,masukkan air asam dan bendi.Tunggu sehingga bendi empuk baru boleh masukkan ikan.Tunggu hingga ikan masak baru boleh masukkan tomato dan daun kesum.Masukkan juga sesudu garam dan sesudu serbuk perasa.
Kecilkan api.Setelah 2 minit matikan api.Dah masak.


SeLaMaT MeNcUbA...




KARI IKAN

Bahan-Bahannya:
2 biji bawang merah-dihiris
6 biji bawang putih-dihiris
sedikit halia-dihiris
6 atau 7 keping ikan tenggiri
semangkuk air asam
setengah paket kari ikan dicampur dgn sedikit air supaya menjadi pekat
2 biji bendi-dibelah tengah;jgn sampai putus
2 biji tomato-di potong 4
2 tangkai daun kari


Peraturannya:
Tumis bahan hirisan sehingga bawang layu.Selepas itu masukkan kari ikan.Tunggu 2 minit baru boleh masukkan air asam dan bendi.Tunggu hingga bendi lembut,masukkan ikan.Tunggu hingga ikan masak baru boleh masukkan tomato,daun kari,sesudu garam dan sesudu serbuk perasa.Dah siap.

SeLaMat MeNcUbA...




LEMAK IKAN

Bahan-Bahannya:
2 biji bawang merah-diblender
6 biji bawang putih-diblender
sedikit halia-diblender
seibu jari kunyit hidup-diblender
seibu jari belacan-diblender
lima batang lada padi merah-diblender
ikan bawal digoreng separuh masak
2 biji tomato hidup-dipotong 4
2 biji bendi-dibelah separuh;jgn sampai putus
sebatang serai dan lengkuas dititik
sekotak santan kara
2 helai daun limau


Peraturannya:
Tumis bahan blender,serai dan lengkuas hingga wangi.Selepas itu masukkan sekotak santan dan bendi.Tunggu hingga bendi lembut.Selepas itu masukkan ikan goreng tadi.Selepas lauknya mendidih,masukkan tomato hidup,daun limau,sesudu garam,sesudu serbuk perasa.Selepas 2 minit,tutup api.Dah siap.

SeLaMaT MeNcUbA...





KICAP IKAN

Bahan-Bahannya:
2 biji bawang merah-dihiris
6 biji bawang putih-dihiris
sedikit halia-dihiris
2 biji lada merah-dihiris
2 biji lada hijau-dihiris
6 atau 7 keping ikan selar besar digoreng separuh masak dan diketepikan
sebatang serai-dititik
secawan kicap manis
2 keping asam keping
air secukupnya


Peraturannya:
Tumis bahan hirisan dan serai sehingga bawang layu.Selepas itu masukkan air,kicap dan asam dan tunggu hingga kuah masak.Bila kuah sudah mendidih,masukkan ikan, sesudu garam,sesudu serbuk perasa.Dah siap.

SeLaMaT MeNcUbA...





SUP IKAN

Bahan-Bahannya:
2 biji bawang merah-diblender
6 biji bawang putih-diblender
sedikit halia-diblender
10 biji lada hitam-diblender
sebatang serai-dititik
air semangkuk besar
6 atau 7 keping ikan bawal putih
daun sop daun bawang 20 sen


Peraturannya:
Tumis bahan blender dan serai hingga wangi.Selepas itu,masukkan air.Tunggu hingga air mendidih.Masukkan ikan, daun sop daun bawang,sesudu garam dan sesudu serbuk perasa.Tunggu hingga ikan masak baru boleh kecilkan api.Selepas 2 minit tutup api.Dah siap.

SeLaMaT MeNcUbA...


























































You Should Get a JD (Juris Doctor)
You're logical, driven, and ruthless. You'd make a mighty fine lawyer.

[FriendsterKit.com] Click here to get one

BLUE



You give your love and friendship unconditionaly. You enjoy long, thoughtful conversations rich in philosophy and spirituality. You are very loyal and intuitive.




Find out your color at Quiz Me!


Hardworking

Name / Username:


Name Acronym Generator
From Go-Quiz.com



Horoscope for Libra
25 Aug 2005

Kwiz.Biz Daily Horoscopes for your Blog


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Friday, March 19, 2010
TiAdA KeNe MeNgEnA

CeRiTa CeRiTa DiDaLaM BlOg SoFeA InI TiAdA KeNa MeNgEnA DgN DiRi SoFeA AtAu SeSiApA PuN JuGa.HaRaP MaKlUm!!!!!

Posted at 02:45 pm by SoFeA
Make a comment  

OrAnG TeRkEnAl

Aku adalah insan yang disanjungi masyarakat.Hidup ku selalu dihujani sanjungan dan sokongan.Ada juga yang tergila gilakan diriku.Aku menjadi begin setelah aku berumahtangga.Aku mempunyai seorang isteri yang cantik dan anak anak yang pintar.Kelima lima anak anak ku berjaya di dalam pelajaran mereka.Aku juga dikurniakan Allah dengan rezeki yang melimpah ruah.
Namun disebalik hidup ku yang mewah dan glamor,aku selalu dihimpit masaalah.Isteriku amat cemburu orangnya.Setiap hari aku selalu dihujani berbagai bagai soalan darinya.Adakalanya aku naik bosan pula.Namun begitu aku masih sayangkan isteri dan keluarga ku.Pernah aku mengancam isteriku untuk berkahwin lagi seorang jikalau isteriku tidak ubah sikap.Isteriku hanya tersenyum,seakan tidak percaya yang aku akan berbuat sedemikian rupa memandangkan anak anak kami yang masih ditahap remaja lagi.Pelakon sepertiku memang tidak lepas dari gosip.Agaknya itu lah yang membuat isteriku menjadi tidak tentu arah.Sikap cemburu isteriku sudah ditahap gaban.Aku tidak sanggup lagi.Lalu aku menceritakan masaalahku dengan teman seperjuanganku.Temanku itu juga seorang pelakon.Setiap hari aku bekerja dengannya.Selama setahun aku berkawan dengannya,aku perhatikan dia begitu memahami diriku.Dia tidak seperti isteriku yang selalu menuduh nuduhku.Aku dan temanku lalu jatuh cinta.Kami menjalinkan hubungan secara sulit tanpa pengetahuan istteriku.Setelah tiga tahun menjalinkan hubungan sulit,akhirnya isteriku mendapat tahu dari sumber sumber yang boleh dipercayai.
Isteriku begitu marah lagi.Dia menuntut cerai.Aku tidak mahu melepaskan isteriku.Aku sayangkan dia dan anak anak kami.Namun begitu,jodoh kami tak panjang.Isteriku telah lari rumah.Dia menghilang buat selama lamanya.Aku pun berkahwin dengan teman seperjuanganku itu.Aku menyuruh isteriku duduk sahaja dirumah untuk menjaga kesemua anak anakku.Isteriku pun bersetuju.Setelah lima tahun kami hidup bersama,isteri lamaku kembali.Dia kata dia ingin mengambil kesemua anak anaknya.Aku masih sayangkan isteri lamaku.Aku ingin memadukannya.Dia tidak mahu.Dia tetap inginkan perpisahan.Aku telah memaksanya berkali kali namun gagal.Aku kasihan padanya.Lalu aku pun menyerahkan kesemua anak anak kami kepadanya.Setiap bulan aku memberi anak anakku nafkah.Sekarang aku telah hidup bahagia bersama isteri baruku.Dia tidak pernah cemburu buta padaku.Dia amat memahami kerjayaku sebagai seorang pelakon terkenal.Aku sangat bahagia hidup bersamanya.Aku juga telah berjanji pada diriku bahawasanya aku tidak akan mengkhianati kepercayaan yang telah isteriku beri padaku.

Posted at 02:19 pm by SoFeA
Make a comment  

Saturday, June 06, 2009
TiAdA KeNe MeNgEnA


CeRiTa CeRiTa Di DaLaM BlOg SoFeA InI TiAdA KeNe MeNgEnA DgN DiRi SoFeA AtAu SeSiApA PuN.HaRaP MaKlUm!!!

Posted at 11:36 am by SoFeA
Make a comment  

TiDaK PeRnAh KeLuAr RuMaH


Setelah bernikah Nurhidayah tidak pernah keluar rumah.Dia terperap dirumah bagai tapai basi yang tidak laku.Nurhidayah beruntung kerana memiliki seorang suami yang amat menyayangi dirinya.Selain dari itu suaminya juga adalah seorang yang berharta.Dengan bersuamikan seorang suami yang kaya,Nurhidayah seakan lupa diri.Dia lupa diri bukan kerana kesombongannya terhadap hartanya yang banyak tetapi dia lupa untuk menjaga penampilan,kecantikan,kebersihan dan kesihatan dirinya.Dirumah Nurhidayah ada lima orang pembantu.Seorang ditugaskan untuk memasak,seorang ditugaskan untuk mengemas,seorang lagi untuk mencuci,lagi seorang untuk melayan keperluan Nurhidayah dan yang terakhir untuk menjaga keperluan anak anak Nurhidayah.

Nurhidayah menghabiskan masanya dengan menonton televisyen dan menyanyi karaoke.Setiap hari kerjanya itu sahaja.Jikalau ada jemputan kahwin,dia tidak akan pergi tetapi disuruh suami dan anak anaknya sahaja yang pergi.Jikalau guru sekolah anak anaknya ingin berjumpa dengan waris anak anaknya,suaminya seorang sahaja yang pergi.Akibat dari sikap Nurhidayah yang malas dan sikap ambil lewa itu,badan Nurhidayah menjadi segemuk gemuk badan.Kelebaran badannya telah menyerupai tong sampah yang ditaruk ditepi tepi jalan.Bau badannya juga semakin meningkat tinggi aromanya.Nurhidayah tidak akan keluar walau sesentimeter dari halaman rumahnya malah jiran jirannya juga tidak pernah nampak Nurhidayah.Yang mereka nampak hanya suami dan anak anak Nurhidayah.Nurhidayah juga tidak pernah bersolat.Dia begitu malas sekali.Semua keperluannya,pembantunyalah yang uruskan.Nurhidayah juga tidak pernah mendidik anak anaknya.Semua tugas mendidik diserahkan pada guru guru disekolah atau guru tuisen anak anaknya.Suami Nurhidayah memanggil guru agama untuk mengajar kelima lima anak Nurhidayah dirumah mereka.Jikalau ada sahaja tetamu yang hadir dirumah,Nurhidayah tiadk akan bertemu dengan mereka.Dia akan mengunci pintu biliknya untuk menonton televisyen.Setelah tetamu balik,baharulah dia keluar dari biliknya.Jikalau ada orang ingin berbual dengannya,dia akan menyerahkan talipon kearah mereka untuk berbual dengan suaminya.Sikapnya yang pelik melampau lampau sehinggakan ketika dia melahirkan anak anaknya,doktor dikerahkan untuk datang ke rumahnya.Jikalau dia sakit juga dia akan berbuat begitu.Satu satu manusia selain keluarganya yang dapat melihat wajah dan tubuh badannya adalah doktor peribadinya.

Yang menjadi kehairanannya,suami Nurhidayah tidak pernah kisah akan keadaan begitu.Dia begitu tenang dan bahagia sekali disamping isterinya itu.Mungkin kerana rasa sayang dan cinta yang semakin hari semakin menebal itulah yang membuatkan suaminya bersikap sedemikian.Suaminya terlalu sayang dan cintakan Nurhidayah.Dia tidak sanggup melukakan hati Nurhidayah jikalau dia menegur setiap perbuatan aneh Nurhidayah dan dia juga tidak sampai hati untuk mencari wanita lain sebagai isteri kedua.Jikalau memandangkan keadaan suaminya yang kaya raya itu,dia boleh atau mampu berkahwin lagi sorang.Namun tidak dilakukannya.Itulah keistimewaan suami Nurhidayah.Cinta mengatasi segalanya.Begitulah kehidupan aneh pasangan ini.Perasaan cinta mereka begitu kuat sekali sehingga tidak sampai hati untuk melukakan hati masing masing.Bentuk susuk badan dan keadaan tidak lagi penting bagi mereka.Yang penting hanya cinta dan kasih sayang mereka berdua.Mungkin bagi masyarakat yang melihat,isterinya amat jahat dan zalim berbuat begitu terhadap suaminya sendiri tapi bagi suami Nurhidayah,dia tidak kisah itu semua.Yang dia tahu hanya cintanya yang mendalam terhadap Nurhidayah yang gemuk dan kotor itu.

Rupanya di dalam dunia ini banyak juga keadaan yang pelik pelik yang diluar norma manusia.Inilah yang dikatakan rambut sama hitam,hati lain lain.


Posted at 10:52 am by SoFeA
Make a comment  

Tuesday, January 06, 2009
TiAdA KeNe MeNgEnA

CeRiTa CeRiTa Di DaLaM BlOg SoFeA InI TiAdA KeNe MeNgEnA DeNgAn DiRi SoFeA AtAu SeSiApA PuN JuA.HaRaP MaKlUm.TeRiMaKaSiH.

Posted at 09:32 am by SoFeA
Make a comment  

KeHiDuPaN SeOrAnG JaNdA

Kain langsir hijau berterbangan dek dipukul angin malam yang agak kuat.Aku masih di dalam lamunan ku.Entah apa yang aku fikirkan sehingga pada malam ini aku tidak boleh tidur.Aku merenung awan hitam sambil menangis mengenangkan nasibku yang malang.Ditepi katil ku adalah anak anakku yang amat kusayangi.Mereka ibarat kain putih yang suci murni asyik terlena dibuai mimpi.Apalah yang mereka tahu selain tuntutan kasih sayang dari ayah dan ibu.Aku kasihan melihat mereka.Mereka dipisahkan dari ayah mereka pada seawal usia sebegini.Namun nasib tidak boleh diratapi.Aku tidak boleh menurut sahaja emosi sedihku sehinggakan tidak boleh bergerak walau seinci.Aku harus bekerja kuat demi mendapatkan sesuap nasi untuk mereka beerempat.Jam sudah menunjukkan pukul tiga pagi.Esok aku harus keluar mencari rezeki untuk anak anakku.Aku bercadang untuk tidur sahaja.

Pada pukul lima pagi aku sudah bangun menyediakan sarapan untuk anak anakku.Aku bersolat lalu terus pergi bekerja,meninggalkan kesemua anak anakku dengan hati yang berat.Sebelum keluar rumah,aku selalu berpesan kepada kesemua anak anakku supaya jangan lupa makan,solat dan belajar rajin rajin.Aku juga meyuruh mereka mengemas rumah dahulu sebelum keluar ke sekolah.Mereka adalah anak anak yang baik.Mereka tidak pernah melawan kata kataku.Aku sangat bersyukur kerana mendapatkan anak anak yang baik serta tahu diri.Pada pukul enam petang selalunya aku sudah sampai kerumah.Aku terus mandi,solat serta masak untuk anak anakku.Selalunya mereka semua sudah kelaparan.Pada pukul tujuh setengah malam,selalunya aku sudah habis memasak.Aku dan anak anakku makan berdamai lalau kami pun solat berjemaah.Anak sulongku menjadi imam.Setelah itu kami menonton berita di kaca televisyen.Sambil menonton aku selalu bertanyakan hal ehwal anak anakku semasa mereka disekolah dan dirumah ketika aku tiada dirumah.Mereka selalunya begitu jujur menceritakan semua yang terjadi pada mereka dan rumah kami pada hari itu.Aku mendengarkan cerita mereka dengan penuh khusuk dan seronok.Adakalanya cerita cerita mereka membuatkan ku ketawa terbahak bahak.Merekalah penghibur duka dan lara bagi diriku.Mereka mengubat kesunyianku.Aku tidak tahu apa yang terjadi jikalau mereka tiada disisiku.Tentu aku kesunyian.

Diriku yang tiada bersuami selalu menjadi hinaan masyarakat.Namun begitu aku tabah menghadapi segala ujian ini.Aku pasrah kepada tuhan yang maha Esa.Setelah kami menonton televisyen,kami pun sekali lagi solat berjemaah.Setelah itu,kami pun meminum segelas susu yang telah dibuat oleh anak perempuanku.Anak perempuan ku amat rajin dan pantas orangnya.Setelah minum susu,aku pun masuk tidur,Anak anakku masih belum tidur lagi.Mereka semua sibuk membuat kerja sekolah.Setelah kerja sekolah habis,mereka pun tidur.Begitulah hari hari yang ku lalui setelah bekas suamiku iaitu ayah kepada anak anakku pergi meninggalkan kami sekeluarga.Dia begitu kejam,meninggalkan aku dengan kesemua anak anak kami demi mengejar bayangan cantik.Bayangan cantik yang digila gilakan itu adalah isteri orang.Mereka berhubungan secara rahsia tanpa pengetahuanku.Pada satu hari anak perempuan ku telah menceritakan apa yang dia nampak.Anak perempuanku telah terdengar perbualan bekas suamiku dengan perempuan lain.Nada suamiku begitu manja dan penuh romantis sekali.Anakku juga terdengar nama yang disebut oleh ayahnya itu.Nama itu adalah Sutinah.Setelah aku mendengar cerita anakku,aku pun mula menyoal suamiku seperti seorang pegawai polis.Dia tidak mahu mengaku.Apabila aku meminta cerai padanya,baharu dia mengaku tentang perhubungan dia dan wanita itu.Lebih sakit lagi,dia menyatakan padaku bahawa selama perkahwinan kami,dia tidak pernah mencintaiku.Dia mengahwiniku di atas dasar kasihan.Dia sungguh kasihan kepadaku kerana aku disiksa oleh kakakku sendiri.Dia bercadang mengambilku sebagai isteri hanya kerana sebab 'kasihan'.Bila mendengar pengaduannya,aku menjadi sedih dan rendah diri.Aku meminta cerai padanya.Menurutnya,dia tidak boleh meninggalkan wanita itu kerana dia amat menyintai wanita itu.Aku menyuruhnya memilih antara aku dan wanita itu.Ternyata dia memilih wanita itu.Lebih menyakitkan lagi,dia berkata kepadaku bahawasanya,dia sudah lama ingin menceraikan ku kerana dia tidak mahu lagi hidup berpura pura.

Kami pun bercerai dan aku mengambil kesemua anak anakku.Aku duduk menumpang dirumah adik beradikku.Setelah itu aku meyewa rumah sehinggalah sekarang.Aku tidak tahu lagi tentang bekas suamiku itu.Setiap bulan dia memberi anak anakku duit nafkah.Namun begitu duit itu tidak mencukupi.Aku terpaksa bekerja demi meyara kesemua anak anakku.Aku selalu berdoa kepada tuhan yang maha Esa supaya menemukan aku dengan seorang lelaki beriman.Namun sehingga sekarang pun,aku masih belum ketemu pemuda idaman ku.Aku tidak akan berkahwin selagi aku belum bertemu dengan seorang pemuda yang beriman.Ada juga beberapa orang pemuda yang sudi memperisterikan ku.Ku tolak semuanya kerana mereka tidak menepati citarasaku.Mungkin belum jodohku agaknya.Begitulah kehidupan seorang janda muda sepertiku.Walaupun diuji tuhan dengan berbagai bagai dugaan,namun aku tetap tabah menghadapi ujian Allah.Aku amat kesal dengan sikap bekas suamiku yang tidak bertanggungjawap.Jikalau dia tidak mencintaiku,mengapa dia sanggup mengahwiniku hanya kerana kasihan.Itulah kesilapan bekas suamiku yang amat besar.Kerana kesilapannya,anak anak kami menjadi mangsa.Aku harap tidak ada lagi lelaki daif seperti bekas suamiku.Janganlah mengahwini seorang wanita itu hanya kerana kasihan tetapi berkahwinlah kerana 'CINTA'.



Posted at 08:58 am by SoFeA
Comments (4)  

Thursday, April 10, 2008
TiAdA KeNe MeNgEnA

CeRiTa2 DiDlM BlOg SoFeA InI TiAdA KeNe MeNgEnA DgN DiRi SoFeA AtAu SeSiApA JuA..HaRaP MaKlUm!

Posted at 06:07 am by SoFeA
Make a comment  

Wednesday, April 09, 2008
SaRiNa

Asap kepul kepul keluar dari mulutku.Aku memang selalu berhisap rokok jikalau setiap kali aku merasa resah.Ku lihat dari dalam kamar gelapku ramai lelaki lelaki tua mahupun muda mencari cari patung bernyawa untuk mereka jadikan bahan pemuas nafsu mereka.Aku amat jijik pada semua lelaki lelaki diluar sana.Ada yang sudah beristeri sanggup mencari mencari wanita sepertiku untuk memuaskan nafsu mereka.Ada pula bujang tua dan muda.Ada juga datuk tua yang sudah mempunyai ramai cucu.Tidak ketinggalan juga duda duda yang ditinggal isteri.Pendek kata semua golongan lelaki ada ditempat ku ini.Aku juga sudah puas melayan berbagai bagai lelaki.Ada yang pendek,tinggi,kurus,gemuk.Lelaki yang baik tidak akan pernah kesini mencari cari perempuan sepertiku.Lelaki yang baik akan tetap dirumah bersama-sama isteri isteri mereka.Atau tidak pun,berusaha mencari isteri yang halal bukan mencari yang haram.Aku juga seperti mereka,yang penuh dengan dosa.

Aku perempuan berdosa yang sedar siapa diriku.Aku tidak layak lagi bercampur dengan masyarakat diluar sana.Tempatku hanya disini dan akan sampai bila bila disini.Aku tidak sanggup menghadapi cemuhan masyarakat sebab itu aku tidak berani kembali ke pangkal jalan.Aku tahu meskipun aku kembali ke pangkal jalan tetapi masyarakat diluar sana tetap akan mencemuh dan membenciku terutama keluargaku yang telah lama aku buang dari hidupku.Aku perempuan yang ibarat kata,sudah mati tetapi masih bernyawa.Aku tidak berharap apa apa dari kehidupan ini.Aku rasa bahawa diriku telah lama mati.Yang ada sekarang hanya jasadku yang ku biarkan menjadi sentuhan setiap lelaki yang datang.Aku sudah tidak kuasa untuk berfikir apa apa lagi.Yang ku tahu sekarang hanya duduk diam diam di dalam bilik gelap ini menjadi santapan lelaki lelaki buas.Dengan duit yang mereka beri,ku gunakan untuk menyara diriku sendiri.Begitulah kehidupanku sehari hari.

Aku dilahirkan di dalam keluarga yang kocar kacir.Ayahku seorang pemabuk dan ibuku pula wanita jahat yang suka melawan suami dan memukul anak anak.Ibuku lah punca ayahku menjadi pemabuk.Ibuku selalu mendesak ayahku untuk membelikannya perhiasan mahal mahal sedangkan ayahku tidak mampu untuk membelinya.Ayahku menjadi tertekan dek sikap ibu yang selalu meminta minta.Ibuku juga suka mengumpat dan menghina orang.Ibuku menghabiskan masanya dengan berfoya foya bersama teman temannya.Setiap malam ibu pulang lewat malam.Aku dan adik adik dibiarkannya bersama pembantu rumah kami.Kami tidak diberinya kasih sayang.Kami terbiar begitu sahaja.Masaalah ku mula memuncak ketika kedua ibu ayahku bercerai.Setelah mereka bercerai,aku dan adik adik dijaga oleh ibu kami.Ibuku tidak pernah lekat dirumah.Aku menjadi bosan.Aku pun mulalah mengenali ramai teman lelaki.Nasibku malang kerana pada satu hari aku telah dirogol oleh salah seorang teman lelakiku.Semejak peristiwa hitam itu,aku menjadi takut,marah,kecewa dan macam macam lagi perasaan yang timbul dalam diriku.Aku pun mulalah menjadi putus asa dan terus buat keputusan untuk lari dari rumah.Aku duduk bersama teman lelaki yang merogolku itu.Dia berjanji akan pelihara aku dengan sebaik baiknya.Aku pernah mengajak dia untuk bernikah tetapi macam macam alasan yang dia beri untuk tidak bernikah denganku.

Pada satu hari dia bawa pulang tiga orang sahabatnya ku rumah kami.Ketiga tiga temannya dibiarkannya merogolku.Aku menangis dan bercadang untuk lari dari rumah temanku itu tetapi nasibku amat malang sekali.Temanku itu tidak membenarkan aku lari.Dia menyuruhku melayan setiap lelaki yang datang kerumahnya.Menurutnya dengan cara itu sahaja,aku boleh mendapatkan wang dan menyara kehidupanku.Aku tidak dapat keluar dari rumah itu.Setiap hari aku terpaksa melayan bermacam macam orang lelaki.

Pada satu hari aku didatangi seorang lelaki yang sudi membawaku keluar dari rumah neraka itu.Pada masa itu,aku merasa amat bahagia sekali.Aku pun lari ikut lelaki itu.Tanpa ku duga,lelaki itu juga berniat jahat padaku.Dia telah membawaku menaiki kereta mewahnya menuju ke sebuah lorong sunyi.Aku sudah dapat mengagak bahawa lorong itu tidak lain tidak bukan adalah tempat pelacuran.Semenjak hari itu,aku tetap disitu.Disitulah tempat tinggalku sehingga sekarang.

Begitulah kehidupanku yang amat ku sesali.Aku perempuan malang yang bernama Sarina telah pun menganggap diriku sudah mati.

Posted at 06:44 am by SoFeA
Comments (2)  

Monday, March 31, 2008
TiAdA KeNe MeNgEnA

CeRiTa CeRiTa Di DaLaM BlOg SoFeA InI TiAdA KeNe MeNgEnA DeNgAn DiRi SoFeA AtAu SeSiApA PuN.HaRaP MaKlUm!

Posted at 06:17 am by SoFeA
Make a comment  

AkHiRnYa...

Aku dan keluarga telah bercadang untuk membeli rumah baru yang berdekatan dengan tempat kerjaku.Aku telah banyak membuat pertanyaan dan penyelidikan tentang rumah mana yang sesuai untuk diriku.Akhirnya aku bertemu dengan sebuah rumah yang amat aku berkenan.Rumah itu terletak jauh sedikit dari jalan raya.Memang itu yang ku mahu kan.Aku memang tidak suka rumah yang berdekatan dengan jalan raya.Padaku,rumah yang berdekatan dengan jalan raya amat cepat berabuk dan bising.Aku inginkan sebuah rumah yang boleh menenangkan hati dan jiwa.

Pada awal petang dalam bulan September,aku dan keluarga telah berpindah ke rumah idaman ku itu.Pertama kali aku masuk ke dalam rumah itu,perasaan ku tiba tiba merasakan ada sesuatu yang tidak kene.Namun begitu,aku tidak pasti apakah perasaan itu.Aku tidak mahu ikutkan perasaan sangat.Dek kerana rumah itu cantik sangat,aku ketepikan perasaan ku itu.Hari pertama,seperti biasa,aku memiliki bilik ku sendiri.Di dalam rumah itu ada lima buah bilik.Dua buah bilik telah terisi oleh aku,ayah dan ibu,manakala tiga buah bilik lagi,ku jadikan perpustakaan,ruang solat dan bilik untuk tetamu.

Pada malam pertama di dalam bilik baruku itu,aku tidak dapat melelapkan mataku walau seminit.Fikirku,mungkin kerana aku belum terbiasa dengan keadaan dan suasana baru.Aku ketepikan juga perasaan itu lalu ku cuba lagi melelapkan mata namun ku gagal juga.Aku seperti dapat merasakan ada seseorang yang sedang mengintaiku dari balik jendela bilikku.Aku pun mulalah menutup kain langsir yang dari tadi terbuka luas.Malangnya aku gagal lagi untuk melelapkan mata.Aku bercadang untuk tidur sahaja di ruang tamu.Sesampainya aku diruang tamu,aku mendengar hilaian ketawa seorang wanita.Denga segera,aku pun berlari masuk ke dalam bilikku.Di dalam bilikku pula aku terdengar lagi hilaian wanita itu.Aku tidak dapat tidur langsung.Perkara begitu terus terjadi sehinggalah ke subuh.Bila sahaja subuh menjelang,aku pun terus solat lalu bersiap sedia untuk ke tempat kerja.Pada masa bersarapan pagi,ibuku seperti biasa menyediakan aku sarapan yang sedap sedap.Ibuku menegur mataku yang seakan kurang tidur.Aku tidak mahu memberitahu ibu apa apa kerana aku ingin ibu tinggal disitu dengan aman dan tanpa susah hati atau ketakutan.

Setiap malam aku mengalami nasib serupa.Pada satu hari,aku bercadang untuk memanggil ustadz dan orang berpengalaman di dalam bidang makhluk halus untuk menolongku menyelesaikan masaalah yang ku tanggung selama ini.Dari saat itu,ibuku mulai tahu masaalah sebenar yang ku tanggung.Ibuku mulai rasa takut untuk tinggal disitu.Ibuku menjadi hairan mengapa dia dan ayahku tidak pernah diganggu oleh makhluk itu.Ustadz itu mengaku bahawasanya rumah yang ku duduk itu memang keras.Rumah itu berdekatan dengan sebuah pohon besar dan pohon itulah punca segala masaalah ku.Menurut ustadz,Syaitan itu bertenggek di pohon itu setiap malam dan untuk menghalau atau menghindarkan diri dari diganggu Syaitan itu,aku dan keluarga harus selalu mengingati tuhan dan harus setiap hari membaca ayat ayat suci Al-Quran.Semenjak hari itu,aku dan keluarga mengamalkan apa yang ustadz itu suruh.Aku pun mulai boleh melelapkan mataku.Namun begitu,bila sahaja masa dan keadaan tidak mengizinkan aku untuk bersolat disebabkan hormon semulajadi seorang wanita,disaat itu masaalah lama ku timbul.Makhluk halus itu mengambil kesempatan untuk mengganggu ku lagi.Hidupku menjadi tidak aman lagi.Aku mulai membenci rumah itu.Disebabkan rumah itu,wajahku menjadi buruk dan tua dek kerana tidak dapat tidur malam.Aku juga selalu marah marah.Jiwaku tidak setenteram dulu.Apalah guna rumah yang lawa dan indah jikalau hati tidak tenang.Setelah lima tahun menanggung derita,aku dan keluarga tidak tahan lagi.Kami bercadang untuk berpindah lagi dan kali ini kami tidak mahu memilih rumah yang jauh dari jalanraya.

Dari peristiwa yang ku alami,aku mendapat satu pengajaran.Pengajarannya adalah setiap yang indah,ada buruknya dan setiap yang buruk,ada indahnya.Pada hakikatnya aku tidak suka rumah yang berdekatan dengan jalanraya kerana ku takut bising dan berabuk tetapi tidak kusedar bahawa rumah sebegitu tidak menjadi pilihan makhluk halus.Pada hakikatnya juga aku suka rumah yang jauh dari jalanraya kerana fikirku,rumah sebegitu aman dan tenang sekali,namun begitu tidak kusedar bahawasanya rumah sebegitulah tempat tempat Syaitan berteduh dan berlindung kerana Syaitan suka pada tempat yang sunyi dan gelap.

Semenjak berpindah ketempat baru,barulah jiwaku kembali tenang dan aman semula.Aku bersyukur kerana peristiwa hitam yang ku alami telah mengajarkan aku sesuatu ilmu kehidupan.

Posted at 05:40 am by SoFeA
Make a comment  

Next Page